KOTA KINABALU: Penggunan ‘earphone’ yang terlalu lama boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada gegendang telinga seterusnya merosakkan deria pendengaran.
Menurut perkongsian dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bunyi yang terlalu kuat melebihi 90 ‘desibel’ boleh menyebabkan kerosakan pendengan dalam jangka masa panjang sekiranya tidak ditangani dengan baik.
“Kehilangan pendengarn yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan tetapi mampu memberi kesan negatif secara perlahan-lahan, kekal dan tidak boleh diubati.
“Salah satu faktor utama adalah penggunaan ‘earphone’ atau ‘headphone’ yang terlalu lama,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook KKM.
Justeru itu, antara langkah untuk mencegah perkara itu daripada berlaku adalah, pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi separuh volum gajet.
“Minimumkan penggunaan ‘earphone’, elak penggunaan ‘earbud’, tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari setengah, tetapkan setiap penggunaan ‘earphone’ tidak lebih dari satu jam.
“Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan. Ini kerana telinga memerlukan 16 jam untuk perbaiki kerosakan disebabkan bunyi kuat sepanjang malam,” kongsi kenyataan itu.