Site icon TUHAU BAMBANGAN

Chinese Tea RM1.50, peniaga ambil kesempatan dengan kenaikan SST

KOTA KINABALU: Tinjauan rambang di beberapa kedai makan di Pekan Menggatal mendapati terdapat peniaga menaikkan harga minuman ‘Chinese tea’ kepada Rm1.50 bermula semalam.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan menegaskan agar peniaga di Sabah tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa 1 Mac.

Katanya, ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

“Selepas wabak Covid-19, pihak kami menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat memilih untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabh hanya kerana kenaikan dua peratus SST.

Exit mobile version