Site icon TUHAU BAMBANGAN

Dua, termasuk banduan wanita didakwa sertai ‘Geng Upik’, kini 13 ahli dalam tahanan

KOTA KINABALU: Dua lagi individu termasuk seorang banduan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’. 

Tertuduh Zulkahar Dusing, 29 tahun dan Norsyafilah Pawawoi, 28 tahun didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari kedua-dua tertuduh, dan kes pendakwaan ini dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya ,Siti Hajar Nat Radzi serta Lina Hanini Ismail di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim. 

Tertuduh, Zulhakar kini sedang menjalani tahanan reman di Tawau dari tahun 2022 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, manakala Norsyafilah pula sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Kota Kinabalu di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya. 

Pada 22 Januari lalu, seramai 11 individu telah didakwa di mahkamah sama yang kini menjadikan 13 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ termasuk dua lagi individu yang didakwa pada Jumaat (1 Mac). 

Antara 11 ahli yang telah didakwa pada 22 Jan lalu ialah, Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh@Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Sementara itu tertuduh Jaysalfian Jaineh@Zaini diwakili peguam Mohd Amirul Amin; Mohd Fauzie Rablin dan Mazlan Mahmud diwakili peguam Sylyester Kuan, Shahlan Shah Abdul Samad, Mohd Faridzul Asmahadi dan Mahathir Jibarail diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Lokman Zabidi, Datuk Maslan Sani diwakili Chin Tek Ming dan Nelson Abraham diwakili Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Dalam pada itu hanya dua tertuduh iaitu Rahman Burijin dan Alkan Abraham masing-masing tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac 2024 adalah tarikh sebutan semula kes. 

Exit mobile version