Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kimanis Power Sdn Bhd Bayar Dividen RM16 Juta

KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen RM16 juta kepada pemegang sahamnya, NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian replika cek daripada Pengerusi Kimanis Power, Abdul Aziz Othman kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Konsortium NRG mempunyai 40 peratus kepentingan dalam Kimanis Power Sdn Bhd yang mengendalikan Loji Kuasa Kimanis sejak 2014.

Petronas Gas Berhad (PGB) pula memiliki 60 peratus saham yang lain.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Kimanis Power Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif, Rozali Khamis, Pengurus Besar (Kewangan dan Risiko) PGB Shahrul Azham Sukaiman, Pengurus Besar (BD&C) PGB Hisham Maaulot dan Petronas Sabah dan Labuan Ketua Pejabat Wilayah, Siti Ayu Haniza A Wahab.

Exit mobile version