SANDAKAN: Satu mayat ditemui dalam parit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar Batu 5, Sandakan hari ini.
Mayat dikenalpasti seorang lelaki ditemui oleh orang awam selepas terhidu bau busuk dari parit di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.29 petang dari pihak Polis bagi tujuan untuk memohon bantuan mengambil mayat dalam parit tersebut.
“Tindakan pasukan Bomba mengangkat mayat tersebut menggunakan tali dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.12 petang.