Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki maut tersepit dalam kemalangan di Putatan

Sumber: JBPM Sabah

PUTATAN: Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Highway, Simpang Klinik Putatan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.53 subuh itu, kenderaan pacuan empat roda, iaitu Isuzu D-Max yang dipandu oleh mangsa telah dirempuh dengan sebuah kenderaan ringan jenis Perodua Myvi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, mangsa (bukan warganegara) yang tersepit dalam kereta Isuzu D-Max telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Manakala pemandu bagi kenderaan Perodua Myvi hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.15 pagi.

Exit mobile version