Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tuntutan Waris Sulu: Hajiji zahir penghargaan, Gonzalo Stampa dijatuhi hukuman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana berjaya membuktikan bahawa penimbangtara Sepanyol, Gonzalo Stampa bersalah dalam isu tuntutan Waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

Justeru itu, tegasnya, dari awal lagi tuntutan itu sudah ditekankan tidak berasas sama sekali.

“Ada unsur-unsur untuk mencari keuntungan dan kemudahan yang lain termasuk pengkhianat Stampa. Sekarang di Mahkamah Sepanyol dia didapati bersalah dan dihukum penjara selama enam bulan.

“Jadi ini menunjukkan bahawa tuntutan Waris Sultan Sulu itu dari mula kita nyatakan tidak berasas sama sekali. Jadi kita rakyat dan kerajaan negeri Sabah amat gembira mendengar berita yang telah kita terima ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Heads of Agreement di antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan ESTEEL Enterprise Sabah Sdn Bhd di Menara Kinabalu pada Selasa.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Azalina Othman Said berkata, selain dijatuhi hukuman penjara, Gonzalo Stampa juga dilarang menjalanka kerja timbang tara selama setahun.

Katanya, Stampa merupakan individu yang bertanggungjawab menjatuhkan ‘award’ sebanyak hampir RM70 bilion ke atas Malaysia atas asas kononnya Waris Sulu mempunyai tuntutan ke atas di bawah bayu ini.

Exit mobile version