Site icon TUHAU BAMBANGAN

Cantikkan kulit dengan mandian susu buatan sendiri, berikut manfaat dan caranya

Mandi susu memang memiliki manfaat bagi kecantikan kulit. Namun, kuantiti susu dan jangka masa untuk mandi menjadi satu hal yang perlu diperhatikan. Jika merasa tidak selesa dan timbul pula kesan alergik pada yang memiliki kulit sensitif, lebih baik segera dihentikan. Lalu, apa sebenarnya manfaat mandi susu bagi kesihatan dan kecantikan kulit? Berikut adalah antara beberapa manfaatnya;

1. Mengatasi kulit kering

Melembabkan dan mengatasi kulit keirng menjadi manfaat mandi susu yang pertama. Hal ini kerana, kandungan lemak dan protein dalam susu yang menyerap dan melekat di kulit. Kandungan asid laktik yang terdapat pada susu juga boleh membantu mengeluarkan sel kulit mati. Mungkin ada beberapa orang yang tidak tahu bahawa asid laktik sendiri merupakan asid alfa hidroksi yang biasa digunakan dalam kebanyakkan produk perawatan kulit serta bahan-bahan kosmetik.

2. Menghaluskan dan mencerahkan kulit

Manfaat mandi susu yang seterusnya adalah, menghaluskan dan mencerahkan kulit. Mandi susu menjadikan sel-sel kulit mati keluar, hingga kulit putih anda kelihatan lebih cerah. Kandungan vitamin E dan zinc dalam susu juga dapat membantu proses penjanaan semula kulit baru. Maka proses ini akan menghasilkan kulit baru yang lebih halus dan cerah.

3. Mencegah penuaan

Mencegah penuaan juga antara manfaat mandi susu yang agak popular. Hal ini kerana, vitamin E dalam susu dapat menangkis radikal bebas yang mempercepat gejala penuaan. Selain itu, kandungan vitamin D dalam susu juga boleh meningkatkan keanjalan kulit. Memiliki keanjalan kulit yang baik akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat dan lebih muda dari umur sebenar.

4. Merawat kulit dari sengatan matahari

Pendedahan kulit pada sinaran UV boleh membuatkan kulit kita menjadi kering dan kusam. Oleh itu, mandi susu juga boleh membantu untuk merawat kembali kulit yang sudah terkena sinaran UV atau sengatan panasnya matahari. Susu yang memiliki kandungan protein, lemak, vitamin A dan asid amino yang baik boleh membantu mengatasi kulit terbakar. Selesai mandi susu pula, kita juga boleh menyapukan gel lidah buaya untuk merehatkan kulit setelah terkena sengatan panas matahari.

5. Meredakan gatal

Tahukah anda, jika kulit kita gatal dan bersisik akibat penyakit kulit Psoriasis sebenarnya, boleh diredakan dengan berendam ke dalam air panas. Untuk memperoleh manfaatnya, anda boleh mandi air susu yang dicampur dengan garam, minyak mineral, madu atau minyak zaitun. Dari beberapa bahan semula jadi tersebut, ini mampu melembabkan kulit dan membantu meringankan gejala gatal dan kulit keirng pada pesakit Psoriasis.

Cara buat mandian air susu sendiri

Dimusim pandemik seperti sekarang ini, memang sebaiknya untuk kita melakukan banyak kegiatan dirumah, termasuklah mandi susu ini. Manfaat mandi susu ini boleh dilihat dengan cara mengamalkannya atau menjadikan ia sebagai salah satu rutin. Cara mudah untuk menyiapkan mandian air susu adalah seperti berikut;

Tidak disarankan untuk berendam terlalu lama kerana boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi. Selain menggunakan air susu, anda juga boleh mencampurkan bahan semula jadi yang lain seperti garam, minyak mineral, madu atau minyak ziatun. Namun, jika anda seorang yang memiliki kulit sensitif, tidak disarankan untuk mandi susu bagi mengelakkan hal-hal buruk yang tidak diingini berlaku.

Demikian perkongsian, semoga bermanfaat!

SUmber: halodoc

Exit mobile version