Site icon TUHAU BAMBANGAN

Ketua Pembangkang cedera ditikam di leher ketika ditemui media

KOREA SELATAN: Ketua Parti Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung dikejarkan ke hospital selepas cedera ditikam di leher semasa lawatan rasminya ke Busan.

Lee yang merupakan Ketua Parti Demokrat ditikam di bahagian kiri lehernya ketika sesi soal jawab bersama media pagi tadi.

Menurut saksi, suspek bertindak menghampiri Lee dengan alasan mahu mendapat autograf dan menyamar sebagai penyokongnya.

Suspek kemudian bertindak menyerangnya dengan pisau yang dianggarkan panjangnya antara 20 ke 30 sentimeter.

Suspek, iaitu seorang lelaki belum dikenal pasti identitinya sudah pun ditangkap dan kini sedang disiasat.

Sementara itu, Lee selepas ditikam terus terbaring di atas lantai sambil menahan sakit dengan pegawai menekap kain dii lehernya.

Lee kini dilaporkan masih berada dalam keadaan sedar.

Sumber: Rauters

Exit mobile version