Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sabah benarkan operasi Dine-In, gerai tepi jalan dan kedai gunting rambut mulai esok

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Kenyataan media Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah hari ini memaklumkan bahawa, kerajaan negeri akan melaksanakan Pelan Pemulihan negara Fasa 1 yang akan bermula pada 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0,

Dengan itu, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya, Dine-In dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel; gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut.

Manakala aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.

Sementara itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan juga diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot.

Perincian SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Hajiji Haji Noor

Exit mobile version