Site icon TUHAU BAMBANGAN

PERAKAM VIDEO AKUI DAKWAAN BERAS PLASTIK TIDAK BETUL & SUDAH MOHON MAAF – CHAN FOONG HIN

KOTA KINABALU: Siasatan terhadap dakwaan beras plastik di daerah Sandakan semalam membawa kepada tindakan individu pendakwa tampil diri ke Syarikat Sazarice Sdn Bhd dan membuat permohonan maaf hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu tersebut telah mengakui bahawa dakwaan beras plastik adalah tidak berasas dan jenama beras yang dituduh sebenarnya adalah beras tulen.

“Saya juga telah menonton video permohonan maaf dari individu tersebut kepada Syarikat Sazarice dan pihak-pihak ayng terjejas.

“Pihak syarikat berkenaan telah menerima permohonan maaf tersebut secara baik dan telah diberi peringatan tegas kepada individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Chan, memandangkan invidiu itu sedar akan kesilapannya, beliau menasihatkan supaya tida berulang tau menyebarkan dakwaan atau tohmahan yang tidak berasasdan boleh menimblkan kegusaran orang awam.

Sebelum ini tular satu rakaman video dari seorang individu yang mendakwa terdapat campuran plastik pada beras di sebuah kedai runcit di Sandakan sejak Ahad lalu.

Rakaman video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang individu bertindak melemparkan gumpalan nasi yang didakwa terdapat campuran plastik ke atas lantai kedai runcit berkenaan.

Exit mobile version