Site icon TUHAU BAMBANGAN

LELAKI DIBAHAM BUAYA KETIKA MEMANCING BELUM DITEMUKAN

Gambar: Bomba

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya di sebuah jeti di Kampung Rampaian Laut masih belum ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan dari sistem MERS999 mengenai kejadian pada jam 11.26 malam Jumaat lepas (22 Sept).

Katanya, saksi melihat mangsa disambar buaya semasa menjalankan aktiviti memancing.

“Pasukan Bomba kemudian mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan jeti,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya SAR yang dijalankan sehingga hari ini (hari ke-4) belum menemui mangsa yang berusia 20 tahun.

“Operasi SAR dibahagikan kepada enam kumpulan membabitkan kawasan sekitar sehingga 17 kilometer.

“Pasukan Bomba turut dibantu pihak polis dan juga penduduk kampung dengan mengggunakan bot serta dron,” katanya.

Syazwan berkata, jarak keseluruhan pencarian SAR hari keempat memasuki kawasan sekitar 17 kilometer dengan beberapa teknik pencarian antaranya ‘surface water searching’, pencarian di kawasan paya bakau serta pemantauan udara.

Exit mobile version