Site icon TUHAU BAMBANGAN

REMAJA PEREMPUAN 14 TAHUN DILAPORKAN SUDAH HILANG 5 HARI DAN MASIH BELUM DITEMUI

Gambar: Facebook

KENINGAU: Seorang remaja perempuan berusia 14 dilaporkan sudah hilang selama lima hari hingga ke hari ini dan belum masih belum ditemui.

Mae Ann (mangsa) telah dilaporkan hilang pada pagi Rabu lalu (13 Sept) oleh ahli keluarganya di Keningau dan laporan polis telah dibuat.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini mangsa masih belum ditemui dan pihak keluarga memerlukan bantuan daripada orang awam untuk mencari mangsa.

“Keluarga Mae Ann memerlukan bantuan segera dari orang awam yang sudi menjadi sukarelawan dan mempunyai alat drone untuk membantu mereka mencari adik Mae Ann.

“Kepada sesiapa yang dapat membantu, boleh menghubungi Abang Ann (011-11539092), Pakcik Ann (019-4871540) dan Ibu Ann (019-5398577),” kata sebuah posting dalam laman Facebook Keningau, di sini hari ini.

Pada pagi Rabu lalu, mangsa dikatakan berjalan kaki ke simpang untuk menunggu bas ke sakolah SFX dan Noimmy (ibu mangsa) dikhabarkan bahawa Mae Ann ponteng kelas oleh guru kelasnya.

“Saya juga ada menghubungi bas yang selalu ambil dia namun dia tidak ada nampak dia (mangsa) di simpang tunggu bas.

“Sehingga jam 6 petang tidak balik, saya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anak saya di Balai Polis Keningau,” kata Noimmy dalam satu kenyataan media di Facebook.

Sumber: Facebook

Exit mobile version