Site icon TUHAU BAMBANGAN

KERAJAAN PUSAT DALAM USAHA TUNAIKAN MA63 – ANWAR

KUCHING: Kerajaan akan berusaha menunaikan janji yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan janji yang terdapat dalam perjanjian MA63 itu dilaksanakan mengikut acuan yang dituntut oleh pemimpin terdahulu.

Anwar menegaskan bahawa, terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian MA63 bukan untuk dirunding tetapi untuk dilaksanakan.

“Tanggungjawab saya sebagi penerus ialah, melaksanakan janji dan perjanjian yang dimeterai diantara pemimpin di negara kita ketika membentuk Malaysia termasuk MA63.

“Ia bukan untuk dirunding, tetapi untuk dilaksanakan,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak pada Sabtu.

Menurutnya lagi, dengan kerjasama semua pihak termasuk pimpinan Sabah, Sarawak, hampir semua perkara yang terkandung dalam perjanjian MA63 dapat diselesaikan.

Katanya, beliau tidak mahu wujud perasaan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak yang merasakan mereka telah dipinggirkan dalam soal pembangunan.

Exit mobile version