Site icon TUHAU BAMBANGAN

“SEGAK BERGAYA DENGAN SENJATA CANGGIH, PENUH KARISMA WALAU BERMANDI KERINGAT,” – BODYGUARD AGONG BUKAN CALANG-CALANG

Gambar: Facebook Mester BlackWater

PERKONGSIAN: BODYGUARD FROM SABAH

Habis sudah jelajah rombongan YDPA di Sabah.
Satu Malaysia sekarang dah tau hebatnya orang Sabah.

Ni nak cerita pasal orang Sabah juga.Tapi bukan orang Sabah yang menunggu di tepi jalan menyambut dan meraikan rombongan Tuanku tapi anak jati Sabah yang setia mengiring keluarga DiRaja sepanjang masa.

Foto ini adalah SALAH SEORANG pengawal peribadi YDPA yang berasal dari Sabah yang saya kenali secara dekat.

Sekejap beliau berlari di samping kenderaan Tuanku, sekejap beliau berjalan kaki, sekejap memanjat dan berdiri di pintu kereta.
Segak dan bergaya dengan senjata canggihnya serta penuh karisma walau bermandi keringat.
Itulah sahabat saya bernama Johan berasal dari Kegayungan Tuaran Sabah.

Pernah dihantar menimba ilmu kawalan rapat di South Africa.

Menimba ilmu menyelam sehingga peringkat Technical Diving Instructor dengan Ustaz Muhamad bin Abdullah ( Ustaz Amin).

Pernah bertugas di Unit TindaKhas beberapa tahun mengiringi Perdana Menteri dan Timb.Perdana Menteri sebelum bertukar ke Istana Negara untuk berkhidmat dengan keluarga Diraja pula.

Dulu kami sama-sama bertugas dalam team Selam Tempur UTK.

Johan dikenali sebagai seorang yang sangat ‘fit’.Kemampuannya berlari jarak jauh dan berenang jarak jauh sangat dikagumi. Kami pernah sama-sama berenang dari Pulau Kapas Marang ke daratan sejauh 6.5km dan beliau meninggalkan saya jauh sayup-sayup di belakang.

Di dalam air juga beliau sangat lincah sama ada di sungai, tasik ataupun laut dia tak pernah takut.

Ilmu agamanya juga hebat dan beliau seorang yang sangat-sangat merendah diri.

Dulu kami pernah belajar agama dengan guru yang sama di Keramat Au3 sebelum saya berpindah ke tempat lain selepas menamatkan perkhidmatan.

Johan terus belajar agama dan belajar tasawuf dengan beberapa orang guru lain.

Adabnya sangat tinggi dan sangat menghormati orang lain.Tak pernah saya lihat dia meninggi diri atau meninggikan suara dengan sesiapa sahaja.

Kalau bercakap dengannya nama Allah tak pernah lekang dari mulutnya.Solat berjemaah sentiasa jadi amalan hariannya.

Orangnya awet muda, lihatlah wajahnya tak dimakan usia.Hatinya baik dan bersih.

Itulah kehebatan pengawal peribadi Tuanku berasal dari Sabah ini.

Semoga Johan terus suksess dalam kerjaya dan dalam kehidupan.

Saya bangga pernah satu team sama kamu Johan.

TANGKAS BANTERAS GANAS.

Sumber: Facebook Mester BlackWater

Exit mobile version