Site icon TUHAU BAMBANGAN

4 kebiasaan buruk penyebab bateri Smartphone cepat rosak

Smartphone zaman sekarang sudah menjadi pusat kegiatan masyarakat moden, lebih-lebih lagi di musim pandemik ini.

Smartphone digunakan utnuk pelbagai kegiatan, mulai dari belajar, bekerja, main game, akses sosial media, pesan makanan dan banyak lagi.

Kekerapan kita menggunakan smartphone membuatkan ianya perlu kerap di charge hingga membuatkan bateri perlu bekerja dengan lebih keras lagi. Oleh itu, pengguna perlulah bijak dalam menjaga bateri smartphonenya agar tahan lebih lama.

Tanpa disedari juga, ramai yang kerap dengan 4 kebiasaan buruk ini dan perlu dihentikan agar bateri telefon anda tidak cepat rosak.

1. Kebiasaan menggunakan powerbank

Tidak dinafikan bahawa powerbank ini sering kali menjadi penyelamat ketika bateri telefon tinggal sekerat lagi. Namun, ramai pengguna yang juga kerap mengecas menggunakan powerbank walaupun bateri tidak berada dalam keadaan darurat dan sebenarnya boleh sahaja menggunakan charger sebenar.

Hentikan kebiasaan mengecas telefon seperti ini, kerana kekerapan menggunakan powerbank boleh membuat ketahanan bateri telefon berkurang.

Tidak sama dengan mengecas melalui plug elektrik, powerbank tidak mengalirkan tenaga yang stabil dan sesuai spesifikasi telefon kita. Tambahan lagi dengan banyak penjualan powerbank dengan kualiti rendah.

Selain itu, anda perlu hentikan tabiat mengecas telefon menggunkan laptop atau PC melalui kabel data. Ia sama sahaja seperti powerbank, arus elektrik komputer tidak dicipta untuk mengecas telefon sesuai standard.

2. Guna sembarang charger

Alat charger smartphone dan tablet Android memiliki bentuk yang sama hingga kerap dipakai berganti-ganti untuk semua peranti. Sedangkan, tiap peranti memiliki charger dengan spesifikasi khas yang disesuaikan dengan jenis peranti dan kapasiti baterinya. Charger peranti tablet biasanya memiliki saiz ampere yang lebih besar.

Charger yang tidak sesuai spesifikasi secara perlahan-lahan boleh mengurangkan prestasi bateri smartphone. Oleh itu, mulai sekarang jangan guna charger tablet untuk mengecas bateri smartphone. Gunakan charger original atau yang standard dengan telefon anda.

3. Mengecas smartphone semalaman

Keadaan sangat bahaya bagi kesihatan bateri smartphone. Mengecas terus smartphone yang sudah penuh dalam tempoh yang lama tidaklah baik. Namun, inilah yang kerap berlaku dengan ramai individu, mengecas telefon semalaman.

Samrtphone terkini memang sudah dilengkapi dengan ciri-ciri overharge protection yang menjaga bateri berhenti diisi ketika sudah penuh. Namun, beberapa penyelidikan mengatakan bateri boleh terjaga kualitinya jika diisi tidak sampai 100%, cukup hingga 80-90%.

4. Bateri dibiarkan kosong terlalu lama

Membiarkan bateri kosong dalam jangka masa yang lama juga tidak baik. Ini boleh menyebabkan ketahanan kualiti bateri akan perlahan-lahan menurun.

Sebabnya adalah, jika bateri dalam keadaan yang kosong, sel bateri akan tidur. Jika tidak cepat-cepat dibangunkan, kemungkinan sel tersebut akan kehilangan kemampuan untuk menyerap tenaga dari charger.

Berdasarkan kajian, pengisian tenaga bateri yang sepatutnya adalah ketika bateri berada di bawah angka 40%, pada julat 15-35%.

Berhenti berharap bateri boleh hidup selamanya. Manusia sahaja pun hidup sementara. Fakta yang perlu diketahui, setiap tahun ketahanan bateri telefon akan semakin berkurangan.

Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!

Sumber: kompas

Exit mobile version