Site icon TUHAU BAMBANGAN

MALAYSIA AIRLINES BENARKAN PENUMPANG BAWA MAKANAN SENDIRI DALAM FLIGHT

Pihak Malaysia Airlines membenarkan penumpang untuk membawa makanan sendiri dalam penerbangan bagi laluan tertentu.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan berkata, kebenaran kepada penumpang untuk membawa makanan sendiri ke dalam penerbangan itu adalah bagi memberi laluan kepada peralihan perkhidmatan katering baharu.

MAB turut menjelaskan, makanan yang dibawa itu perlu dipanaskan sendiri, manakala bagi makanan tidak halal adalah dilarang.

“Pilihan makanan dan minuman adalah terakluk kepada syarat bagi cecair, aeroso; dan gel (tidak melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada, atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, MAB telah menamatkan perkhidmatan makanan Brahim’s Food Services (BFS) di mana syarikat katering itu telah menjalankan perkhidmatan menyediakan makanan dalam kapal terbang selama lebih 25 tahun.

Exit mobile version