Site icon TUHAU BAMBANGAN

HARI PERTAMA SAMPAI SABAH, AGONG TERIMA ADUAN DEPAN-DEPAN MASALAH JALAN DAN BANJIR

TAWAU: Tular satu rakaman video memaparkan ketibaan Agong di daerah Tawau kelmarin disambut meriah oleh rakyat sekali gus disambut dengan aduan oleh penduduk setempat berkenaan dengan masalah jalan raya dan banjir di negeri ini.

https://tuhaubambangan.com/wp-content/uploads/2023/09/372604818_285142197575449_5515071730861397964_n.mp4

“Teruk sangat, teruk sangat jalan raya kami, banjir Tuanku,” luah seorang wanita dalam satu rakaman video yang tular di sosial media kelmarin.

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di lapangan terbang Tawau kelmarin bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak.

Yang Di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong mencemar duli dengan menyantuni rakyat di sepanjang jalan menuju ke bandar Tawau.

Ramai penduduk setempat di Tawau dilihat mengambil peluang mengambil gambar bersama Yang Di-Pertuan Agong.

Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,154 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, dengan ditemani isteri masing-masing.

Semasa di Sabah bagi tempoh 3 hingga 7 Sept, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan dijadual singgah di lapan daerah lain iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.

Exit mobile version