Site icon TUHAU BAMBANGAN

WARGA EMAS HILANG DI KAMPUNG SUROMBOTON, TENGHILAN TUARAN

TUARAN : Seorang warga emas dilaporkan hilang pada Isnin (28 Ogos) di Kampung Suromboton, Tenghilan Tuaran.

Jen Buyung, 77 tahun disedari hilang oleh saksi (anak mangsa).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada Selasa (29 Ogos) jam 5.05 petang.

“Tindakan pasukan bomba mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di sekitar rumah mangsa.

Bagaimanapun, mangsa gagal ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang kelmarin,” katanya dalam satu kenyataam media, disini hari ini.

Operasi SAR pada hari ke-2 dimulakan jam 8.30 pagi dengan radius pencarian di 3.4 kilometer bersama agensi penyelamat lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Seekor anjing pengesan turut dibawa bagi mencari dan mengesan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

Exit mobile version