Walaupun sudah banyak kajian dan penelitian yang dilakukan terhadap vaksin Covid-19 yang boleh mengurangkan pesakit untuk alami gejala berat dan komplikasi akibat jangkitan Covid-19, namun tetap masih ramai yang menolak untuk divaksin.
Fenomena ini tidak hanya berlaku dalam negara kita, malahan hampir seluruh dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat.
Kejadian berlaku terhadap salah seorang penolak vaksin di Texas, yang akhirnya mengalami komplikasi akibat jangkitan Covid-19 dan memerlukan pemindahan paru-paru berganda untuk bertahan hidup.
Ketika pelancaran program vaksinasi di daerahnya pada bulan Januari lalu, lelaki yang dikenali sebagai Joshua Garza, 43 menolak untuk divaksin kerana merasa tidak memerlukan vaksin.
Namun tidak lama kemudian, Garza dinyatakan positif Covid-19 dan mengalami gejala yang teruk.
“Covid akhirnya menyerang paru-paru saya,” katanya kepada ABC News.
Pada awal Februari, Garza pengsan di dalam rumahnya kemudian dilarikan ke hospital. Garza terus dipindahkan ke Houston Methodist dan darahnya dipam menggunakan alat bantuan.
“Mereka memberi tahu, paru-paru saya tidak berfungsi, jadi saya tidak tahu apakah saya boleh tidur malam ini dan bangun pada esko hari,” tutur Garza.
Garza dimasukkan ke dalam rekod pesakit yang mendapatkan pemindahan paru-paru dan dapat menjalani pembedahan pada pertengahan April.
Dia menghabiskan beberapa minggu untuk sembuh dan keluar dari hospital pada 27 Mei lalu.
ABC pernah melaporkan bahawa pemindahan paru-paru ini merupakan pembedahan yang jarang dilakukan terhadap pesakit Covid-19. Namun, pembedahan tersebut merupakan satu-satunya cara jika sudah tidak ada pilihan lain.
Houston Methodist sudah melakukan lapan pemindahan paru-paru pada pesakit Covid-19 dan beberapa lagi pesakit yang ketika ini sedang menunggu giliran.
Hospital ini merawat ramai pesakit Covid-19 yang mengalami gejala teruk dan sebahagian pesakit mereka belum divaksin.
Garza berkata kepada ABC bahawa dia berkongsi kisah kepada orang ramai agar mencegah orang lain dari merasakan apa yang pernah dia alami.
Sumber: kompas