Site icon TUHAU BAMBANGAN

CUCU GUNTING DUIT PENCEN ATUK, BUAT MAIN MASAK-MASAK

PETALING JAYA: Gelagat seorang kanak-kanak yang menggunting duit pencet atuknya untuk dibuat main telah menghibur pengguna sosial media hari ini.

Menerusi hantaran yang di buat oleh pengguna akaun Facebook yang dikenali sebagai Manja Juwita, katanya duit tersebut digunting untuk dibuat mainan masak-masak.

Lebih mengejutkan, merujuk kepada gambar yang dimuat naik dalam lama Facebook milik Manja Juwita, kelihatan bekas berwarna biru itu penuh dengan not wang bernilai RM10 dan RM50 yang telah digunting.

“Musim cuti sekolah ni, cucu duduk rumah kena jaga, jangan biarkan dia berseorangan.

“Habis duit pencen atuk dia gunting dikatanya nakbuat main masak-masak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dari itu, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari daripada pengguna media sosial khususnya Facebook yang merasa geli hati, terhibur dan ada juga yang menyampaikan pesanan.

“Kaya atuk ni, duit pencen etak merata-rata. Tidak hairan lah duit banyak cucu gunting buat mainan,” – Rose.

“Anak-anak sekarang kreatif. Mereka meneroka segala apa yang ada di sekeliling. Perkembangan psikomotor turut berperanan dalam proses untuk mengadaptasi benda-benda yang mereka sentuh,” – Man.

“Kalau simpan duit betul-betul tak akan jadi macam ni. Boleh bawa ke bank negara, mungkin mereka boleh bantu,” komen yang lain.

Sumber: KOSMO

Exit mobile version