Site icon TUHAU BAMBANGAN

3 CEDERA DALAM KEMALANGAN LIBATKAN 3 KENDERAAN DI KOTA MARUDU

Sumber Gambar: Bomba Kota Marudu

KOTA MARUDU: Tiga mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Popok, Kota Marudu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu termasuklah, kenderaan jenis Proton Iswara, Proton Persona Elegance 1.6 dan Toyota Hilux.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, tiga itu adalah seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Ketiga-tiga mangsa adalah daripada kenderaan Proton Iswara dan telah mengalami kecederaan. Bagaimanapun maklumat kesemua mangsa tidak diperoleh.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa di kenderaan lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sin, hari ini.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.54 malam.

Exit mobile version