Site icon TUHAU BAMBANGAN

LELAKI HILANG 7 HARI, DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI KIULU

Sumber Gambar: Bomba Penampang

KIULU: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dikhuatiri hilang selama tujuh hari bermula Selasa lepas (22 Ogos) di Kampung Bambangan Lama Ulu Kiulu.

Mayat lelaki (Kevin Lokuman) ditemui oleh orang kampung sekitar jam 10.30 pagi semasa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kelima (28 Ogos) oleh pihak Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta orang awam di 3 kilometer dari kawasan kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pasukan Bomba yang tiba di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 12.50 seterusnya ke lokasi mangsa yang ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan Bomba mengambil masa mengangkat mangsa menggunakan stretcher dari lokasi ditemui lalu di bawa ke PKTK.

“Pasukan Bomba mengambil masa disebabkan oleh laluan yang sukar, iaitu kawasan hutan berbukit. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak PDRM pada jam 6.14 petang dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.24 petang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tamparuli yang melaporkan tedapat seorang lelaki dikhuatiri hilang dari rumah kediaman keluarganya.

Menurut maklumat awal, mangsa dilaporkan keluar dari rumah tanpa memberitahu ahli keluarga sejak Selasa lalu, iaitu pada 22 Ogos sekitar jam 5 pagi.

Exit mobile version