Site icon TUHAU BAMBANGAN

SEORANG INDIVIDU DITAHAN POSITIF DADAH DI SEBUAH PUSAT HIBURAN DI PENAMPANG

Sumber Gambar: Facebook Polis Daerah Penampang

PENAMPANG: Polis menahan seorang pengunjung di sebuah pusat hiburan di daerah Penampang kerana didapati postif dadah jenis syabu (Methamphetamine) pada malam Khamis (24 Ogos).

Seramai 44 pengunjung di pusat hiburan itu telah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton berkata, pihak polis turut menahan pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

“Individu yang ditahan bersama barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat (25 Ogos)

Tambah beliau, Op Pusat Hibuan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 5 pagi telah diketuai oleh seorang pegawai kanan dengan kekuatan 17 anggota polis.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Sumber: IPD Penampang

Exit mobile version