TAWAU: Dua orang mangsa dilaporkan cedera selepas kenderaan mereka terbabas sendiri ke tapi jalan di Tawau kelmarin (25 Ogos).
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, sebuah kereta Perodua Axia telah terbabas sendiri di tepi jalan berhampiran Oil Palm Dumpas, Jalan Merotai Kalabakan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, terdapat dua orang mangsa terlibat dilaporkan mengalami kecederaan dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian.
“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS untuk tujuan rawatan lanjut.
“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada bahaya lain,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.15 petang.