Site icon TUHAU BAMBANGAN

HARI SABAH DISAMBUT 31 OGOS, TAMBUNAN TUAN RUMAH

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah akan diadakan pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari Sabah menjadi sebuah negara merdeka 60 tahun lalu.

Perkara itu disahkan dan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, Kabinet Negeri membuat keputusan itu semasa mesyuarat minggu lepas dan telah memilih Tambunan sebagai lokasi bagi sambutan yang julung kali diadakan itu.

“Ia juga diputuskan bahawa perayaan itu menandakan peristiwa penting sejarah Sabah yang akan diraikan setiap tahun dan lokasi mengikut penggiliran daerah.

“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” katanya.

Tambah Hajiji, Sabah seterusnya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.

Acara sambutan Hari Sabah di tambunan dijadualkan pada jam 3 petang selepas Sambutan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu.

Exit mobile version