Site icon TUHAU BAMBANGAN

LELAKI 27 TAHUN CUBA BUNUH DIRI, KELAR TANGAN GUNA PISAU

KOTA KINABALU: Seorang lelaki 27 tahun melakukan cubaan bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya dengan menggunakan pisau semalam.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam lelaki yang melakukan cubaan bunuh diri di Lorong Iramanis 3, Taman Iramanis berjaya di selamatkan oleh pasukan bomba dan PDRM.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.26 malam.

“Terdapat seorang lelaki membuat cubaan bunuh diri dengan cara mengurung dirinya di dalam bilik dan mengelar pergelangan tangan dengan menggunakan pisau.

“Pasukan anggota bomba bertindak membuka pintu dan seterusnya menangkap mangsa.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Operasi katanya kemudian ditamatkan pada jam 11.06 malam.

Exit mobile version