Site icon TUHAU BAMBANGAN

KOKPIT DAN 10 MANGSA NAHAS SUDAH DITEMUKAN

SHAH ALAM: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, pada 10.20 malam.

Ketua Polis Selangor, berkata CVR itu kemudian dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan lanjut.

“CVR adalah adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam, manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) belum ditemui.

“Pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai 10.30 malam, yang mana kita jumpa 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan.

“Kesemua mayat dan cebisan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman,” katanya dalam sidang media.

Tambahnya, proses bedah siasat dijangka selesai pada tengah hari esok.

Proses pencarian fasa kedua diteruskan malam ini untuk mencari jika masih ada yang tertinggal.

Exit mobile version