Site icon TUHAU BAMBANGAN

PENGARAH JPN SABAH SUDAH HUBUNGI KPM, SUSULAN ISU PASUKAN BOLA SEPAK TIDAK DAPAT TERUSKAN MISI KE MSSM JOHOR

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sudah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung isu tular seorang guru menyatakan kekecewaan juara pasukan bola sepak skuad U15 dan U18 Sabah yang tidak dapat meneruskan misi ke peringkat Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor kerana kekangan kewangan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah JPN Sabah, Raisin Saidin ketika ditemui media dalam Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah 2023 JPN Sabah, hari ini.

Katanya, ada peluang cerah skuad berkenaan untuk beraksi di kejohanan tersebut selepas beliau menghubungi bahagian sukan KPM dan sedang berusaha menangani masalah itu.

“Saya yakin kami sedang mengusahakan dan saya telah mengambil tindakan segera tadi menghubungi pihak KPM dan pihak KPM bahagian sukan telah menghubungi saya kembali seterusnya saya melihat sesuatu yang positif untuk hantar pasukan tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya kini dalam proses menyemak jumlah peruntukan yang diperlukan sebelum pasukan itu berlepas ke Johor bagi menyerai kejohanan yang dijadualkan minggu hadapan.

Raisin pada masa sama, mengakui akan kekangan itu yang berlaku di Sabah di mana memerlukan peruntukan tinggi setiap kali menghantar wakil negeri ke Semenanjung untuk sebarang kejohanan kerana hanya ada sato mod perjalanan, iaitu penerbangan.

“Kita sebenarnya, mendapat peruntukan dari KPM tapi peruntukan diturunkan secara berperingkat, maksudnya bukan satu isu utama. Jadi kita ada hubungan dengan KPM untuk membantu mana-mana dari segi peruntukan,” tegasnya.

Terdahulu tular seorang guru yang dikenali sebagai Naimmi Yusof menerui satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, pasukan bawah kendaliannya tidak dapat diterbangkan ke Johor berikutan masalah kewangan.

“Apalah nasib kami di Sabah, Keningau juara U18, ‘coach’ dan budak saya tidak dapat ke MSSM sebab masalah kekangan kewangan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), kos flight (penerbangan) ke Johor, kos makan minum di sana, kos transport (pengangkutan) di sana… Dianggarkan RM30-40k.

“Kesian coach sama ‘player-player’ saya, kenapa KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) turunkan peruntukan sikit untuk JPN Sabah untuk MSSM, negeri lain ‘ok’  tak perlu naik flight bagai,” katanya.

Exit mobile version