Site icon TUHAU BAMBANGAN

KAPAL TERHEMPAS: MISI UTAMA CARI KOTAK HITAM – ANTHONY LOKE

SELANGOR: Semua protokol keselamatan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) diaktifkan untuk mencari kotak hitam dan mengesan punca sebenar pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas dekat Elmina, Shah Alam, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah MOT juga diaktifkan dan dikerah ke lokasi kejadian untuk mencari kotak hitam dan mengesan punca sebenar pesawat tersebut terhempas.

“Hubungan pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada jam 2.47 petang dan pelepasan pendaratan diberi pada jam 2.48 petang oleh pengawal trafik udara.

“Daripada siasatan awal, pesawat itu melencong dari ‘flight path’ ke kanan dari sepatutnya.

“Pada jam 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang memerhatikan asap yang berpunca daripada lokasi nahas tetapi tiada panggilan ‘mayday’,” katanya dalam sidang media khas, di Lapangan Terbang Subang hari ini.

Oleh demikian, Anthony berkata, semua protokol keselamatan udara diaktifkan dan mereka suda ke tapak nahas untuk membuat siasatan dengan misi utama adalah mencari kotak hitam.

Beliau turut menyatakan keyakinan, bahawa kota hitam tersebut akan ditemui dalam masa terdekat.

Exit mobile version