Site icon TUHAU BAMBANGAN

POLIS PERIKSA LEBIH 500 KENDERAAN DALAM SJR PUTATAN, PENAMPANG

PENAMPANG: Sebanyak 543 buah kenderaan telah diperiksa oleh pihak polis dalam dua Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Kawal Nusa di jalan Penampang By-Pass dan kilometer 1 Jalan Putatan ke Kota Kinabalu.

Menurut kenyatan media Polis Daerah Penampang, Op Kawal Nusa merupakan operasi bulanan yang diadakan bagi mencegah jenayah selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Operasi dijalankan oleh seramai 18 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang yang diketuai oleh Inspektor Ketenteraman Awam, Inspektor Afizul Ag. Amin.

“Sepanjang operasi dijalankan, terdapat lima keping saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan,” jelas kenyataan itu, di sini hari ini.

Kenyataan itu turut berkata, operasi dijalankan juga bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Exit mobile version