Site icon TUHAU BAMBANGAN

3 EKOR BUAYA MUNCUL DARI BAWAH LALUAN KONKRIT

NEW DELHI, INDIA – Misteri bunyi bising di bawah laluan pejalan kaki di India akhirnya terjawab.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan insiden pelik tapi benar apabila pihak berkuasa cuba menangkap reptilia berkenaan yang muncul secara tiba-tiba daripada bawah tanah.

Keadaan agak cemas apabila salah seekor buaya tersebut bertindak ganas hingga menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.

Buaya ketiga bagaimanapun tersekat di laluan konkrit tersebut.

Klip dikongsi @mksinfo.official di Instagram yang mendapat lebih 930,000 tontonan itu turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mempersoalkan bagaimana ketiga-tiga reptilia berkenaan boleh terperangkap di laluan tersebut. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version