Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kluster Kionsom Kecil di Sabah hari ini, mungkin berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sabah hari ini sekali lagi mencatatkan kluster Covid-19 baharu, iaitu Kluster Kionsom Kecil.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah hari ini melaporkan penularan jangkitan dalam komuniti ini yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei 2021.

Kluster ini mulai dikesan melalui saringan bergejala di Jesselton Medical Center (JMC) Kota Kinabalu pada 9 Jun lalu.

Kes indeks merupakan pekerja lelaki berusia 31 di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.

Susulan daripada kes tersebut, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan Covid-19 pada 12 hingga 13 Jun 2021.

Daripada jumlah tersebut, 27 kes baharu dicatat dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 40 kes.

Manakala 12 sampel lagi didapati negatif dan 34 sampel masih menunggu keputusan.

Sumber: JPBCNS

Exit mobile version