Site icon TUHAU BAMBANGAN

KERAJAAN SABAH HENTIKAN KHIDMAT LORI AIR SWASTA YANG KENAKAN CAJ MAHAL – SHAHELMEY

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah menghentikan khidmat lori-lori air swasta yang beroperasi dan mengenakan caj yang berlebihan.

Menteri Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ianya dilakukan adalah susulan terhadap isu lori air swasta yang dilaporkan mengenakan caj yang mahal kepada individu dan premis-premis yang membeli air dengan mereka.

“Apa yang kita lakukan adalah sekiranya bangunan atau terutamanya premis-premis kerajaan yang mengalami masalah bekalan air, Jabatan Air akan menghantar lori kepada mereka.

“Kita akui bahawa lori di Jabatan Air tidak cukup, namun kita akan memperoleh khidmat daripada syarikat swasta untuk menghantar air kepada pihak yang meminta bekalan air tetapi caj akan dikenakan ke atas Jabatan Air, bukannya beli dengan Caj yang tinggi,” tegasnya.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah sekali lagi menegaskan bahawa khidmat lori-lori air swasta yang membeli air dan menjual semula ke kawasan-kawasan sudah pun dihentikan sejak dua minggu lalu.

“Kita percaya dengan usaha pemulihan dan penstabilan tekanan air yang sedang kita lakukan, perkara (lori air swasta kenakan caj mahal) ini sepatutnya tidak lagi terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Wong Hong Jun mengenai penyelesaian terhadap isu penjualan air yang mahal daripada lori air swasta.

Exit mobile version