Site icon TUHAU BAMBANGAN

WARGA EMAS HILANG: DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, MAYAT TERAPUNG DALAM AIR

RANAU: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari rotan di kawasan hutan Kampung Patau, Ranau sejak 21 Julai lalu ditemukan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mayat Jurin Sagantoh, 62 tahun (mangsa) itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan tidak sempurna dan terapung dalam air di kawasan air terjun kira-kira jam 11 pagi pada Isnin lalu, (7 Ogos).

“Usaha mencari mangsa dijalankan selama10 hari bermula 2 Ogos lalu yang membabitkan sembilan pegawai dan anggota Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Angkatan Pertahana Awam (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), kelab pacuan empat roda Ranau dan penduduk kampung.

“Mangsa ditemukan oleh pasukan SAR di kawasan air terjun kira-kira dua kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadia (PKTK) jam 11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Simiun, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dan terapung dalam air di kawasan air terjun.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas masuk ke hutan pada 21 Julai lalu untuk mencari rotan dan tidak pulang ke rumahnya sebelum isteri mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya yang lain serta penduduk kampung.

Kehilangannya kemudian hanya dilaporkan kepada pihak BBP Ranau pada jam 8.05 pagi, 2 Ogos lalu.

Exit mobile version