Site icon TUHAU BAMBANGAN

PEMIMPIN WARISAN PERLU TERIMA HAKIKAT, SETIAP NEGERI ADA STRATEGI DALAM MENGURUS EKONOMI – NIZAM

KOTA KINABALU: Pemimpin parti Warisan telah mempertikai nilai eksport Sabah pada tahun 2022 kerana 73.4 peratus jumlah nilai itu adalah daripada minyak mentah, minyak kelapa sawit dan gas LNG yang mana nilainya dibandingkan dengan nilai eksport negeri Sarawak.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, hakikatnya pemimpin Warisan hanya mengelirukan rakyat Sabah dengan menyembunyikan hasil industri pembuatan Sarawak sebenarnya adalah daripada kilang-kilang pembuatan yang telah lama wujud di negeri itu.

“Mereka sengaja membutakan mata dengan menafikan kejayaan pencapaian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meningkatkan ekonomi negeri Sabah walaupun baru mentadbir kerajaan Sabah selama dua tahun setengah.

“Kilang pembuatan kerajang tembaga oleh SK Nexilis (kerjasama Kerajaan Negeri dan Korea Selatan) yang dijangka akan mengeluarkan keluaran pada tahun hadapan merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan industrti hiliran yang mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, kilang pemprosesan pasir silika syarikat Kumpulan Kibing di Sikuati Kudat telah mencipta ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah disamping limpahan ekonomi menerusi pewujudan vendor-vendor perniagaan.

“Apabila keluaran hiliran ini beroperasi sepenuhnya, maka barangan akan dieksport dan nilainya akan tercatat pada nilai dagangan negeri di masa akan datang.

“Berbanding kerajaan parti Warisan yang memerintah selama 27 bulan, iaitu lebih dua tahun, gagal mentransformasikan ekonomi negeri Sabah,” tegasnya.

Exit mobile version