Site icon TUHAU BAMBANGAN

SUAMI TETAK ISTERI BERSAMA KEKASIH GELAP DENGAN KAPAK HINGGA MATI

INDIA: Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa menyerang dan menetak isteri bersama kekasih gelapnya sehingga mati mati dengan menggunakan sebilah kapak selepas melihat mereka berdua-duaan.

Menurut laporan laman berita NDTV pada 3 Ogos lalu, suspek yang dikenal pasti sebagai Murai Baghel, di dakwa membunuh kedua-dua mangsa di sebuah kampung di daerah Gwalior, dalam negeri Madhya Pradesh di India.

Pegawai polis yang bertugas, Vivek Kumar Sharma berkata, kejadian berlaku di kampung Semri, kira-kira 50 kilometer dari ibu pejabat daerah.

“Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek membunuh mereka dengan kapak selepas melihat mereka bersama-sama,” katanya.

Tambah Vivek Kumar, polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri.

Sumber: NDTV

Exit mobile version