Site icon TUHAU BAMBANGAN

Wanita maut selepas minum 4 botol air dalam masa 20 minit

INDIANA: Siapa sangka, meminum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab kematian kepada seorang wanita.

Menurut laporan dailymail.co.uk, Ahsley Summers, 35 tahun meninggal dunia kerama mengalami ketoksikan udara dalam badannya.

Mulanya, wanita itu berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi, tetapi tiada sukatan air yang tepat untuk meredahkan dahaganya.

Untuk itu, dia mula minum empat botol air bersamaan 500 milimiter (mm) untuk menghilangkan rasa dahaganya.

Setibanya di rumah, wanita itu tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk dan selepas itu sudah tidak pernah sedarkan diri.

Keluarganya kemudian bergegas menghantar wanita itu ke Hospital Universiti Kesihatan Arnert untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak hospital kemudian mengesahkan wanita itu mengalami hyponatremia. Keadaan ini berlalu kerana seseorang itu minum terlalu banyak air atau tidak cukup sodium dalam badan.

Exit mobile version