Site icon TUHAU BAMBANGAN

POLITIK NI BUKAN BOLEH JANJI BULAN DAN BINTANG – ANWAR

SIK, KEDAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan para pemimpin politik agar tidak terlalu menabur janji bulan dan bintang bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Anwar berkata, pengalamannya selama berpuluh tahun termasuk pernah dipenjarakan, itulah yang membuatkan beliau menjadi dewasa dalam berpolitik.

“Ujian itu mendewasakan kita, sekarang ini saya sudah jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kritiklah saya, beritahu mana yang tak betul.

“Politik ni bukan boleh janji bulan dan bintang, bukan perlawanan pidato, apa lagi untuk mengata orang,” katanya ketika berucap dalam Karnival Segalanya FELDA di Padang Awam FELDA Teloi Timur, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) membidas parti pembangkang yang gagal menyelesaikan isu kemiskinan tegar sebaliknya mengumpul kekayaan semasa berkuasa.

Tegasnya, adalah tidak wajar bagi pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengkritik kerajaan Madani dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di seluruh negara berikutan mereka gagal berbuat demikian ketika berkuasa selama 33 bulan.

“Nak beli susu, pakaian sekolah tidak cukup duit, kita nak selesaikan, contoh kita minta senarai nama jumlah orang miskin seluruh Sik, bagi nama yang susah, miskin tegar, kita selesaikan tahun ini,” tegasnya.

Sumber: TV3

Exit mobile version