Site icon TUHAU BAMBANGAN

BAYI 40 HARI BERSAMA KAKAK 3 TAHUN, DIHEMPAS DAN DICAMPAK BAPA SAUDARA

GEORGETOWN: Bayi berusia 40 hari bersama kakaknya berusia 3 tahun yang dihempas dan dicampak oleh bapa saudara mereka di sebuah flat di Sungai Pinang di sini semalam, telah di masukkan ke wad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil, tidak mengalami pendarahan otak atau kecederaan serius.

“Imbasan CT (tomografi berkomputer) sudah dilakukan dan Alhamdullilah tiada yang serius cuma bayi itu mengalami bengkak di kedua belah mata dan dia mungkiun ditahan di wad kira-kira 24 jam lagi sebelum dibenarkan pulang.

“Sementara kakaknya mengalami keretakan tulang paha di bahagian kaki kiri selain cedera di bibir,” katanya ketika ditemui media dalam sidang media, hari ini.

Tambah Soffian suspek yang cedera selepas mengelar tangan kirinya sendiri juga selesai menjalani pembedahan semalam kini sedang dalam pantauan polis.

“Setakat ini kita masih menunggu pengesahan sama ada dia mempunyai masalah mental atau tidak, tetapi suspek masih dalam keadaan meracau.

“Dia juga menyatakan dia sudah mati dua hari lalu tapi kita tidak boleh buat kesimpulan awal sebelum mendapat keputusan rasmi rekod perubatannya,” jelasnya.

Semalam polis menahan seorang lelaki selepas disyaki cuba membunuh dua anak saudaranya dengan bertindak menghempas bayi berusia 40 hari bersama kakaknya di lantai kediaman mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek, 28 tahun turut dikatakan melempar kakak kepada bayi tersebut dari tingkat satu flat terbabit.

Sumber: HM

Exit mobile version