Site icon TUHAU BAMBANGAN

KENDERAAN BERHENTI LEBIHI GARISAN PUTIH BAKAL BERDEPAN DENDA DAN PENJARA

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan denda dan penjara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, Op Garisan Putih antara yang dilaksanakan menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.

Jelasnya, salah satu daripada operasi yang dijalankan ialah, Kaedah 38, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959), iaitu tidak boleh memberhentikan kenderaan di lintasan.

“Kesalahan tidak mematuhi peraturan yang ditunjukkan lampu isyarat apabila pengguna kenderaan bergerak melebihi garisan berhenti bersama dengan isyarat-isyarat sehingga isyarat hijau ditunjukkan.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selamat tempoh tidak melebihi enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media itu lagi, melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

“Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi,” tegasnya dalam kenyataan itu.

Sumber: JSPT PDRM

Exit mobile version