Rakaman ngeri menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dari tingkap tingkat enam sebuah pangsapuri dengan orang ramai berkumpul di bawah bersama tilam untuk menyambutnya.
Rakaman dramatik tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dari bangunan yang terbakar ke tempat selamat semasa kebakaran pangsapuri.
Klip mengejutkan yang dikongsi di YouTube, menunjukkan orang ramai di kawasan Akkent di Almaty, Kazakhstan, bermati-matian cuba melarikan diri dari kebakaran yang berlaku pada (1 Ogos).
Seorang kanak-kanak dapat dilihat dicampak keluar dari tingkat enam sambil sekumpulan orang awam berkumpul di bawah dengan memegang tilam untuk menyambutnya.
Asap hitam yang tebal boleh dilihat berkepul-kepul keluar dari tingkap di belakang mereka. Beberapa orang dewasa dapat dilihat bersedia untuk aksi tersebut.
Kanak-kanak itu bernasib baik kerana berjaya mendarat di tilam.
Orang dewasa yang menjatuhkan kanak-kanak itu kemudiannya turut melompat dari tingkap bangunan itu sambil disambut oleh orang ramai menggunakan tilam.
Seramai 16 orang daripada jumlah itu dikatakan merupakan kanak-kanak.
“Pada jam 5.10 petang, kakitangan berpangkat lebih tinggi DES dihantar ke daerah Alatau, daerah mikro Akkent, bangunan 54.
“Sebaik tiba, sebuah apartmen di tingkat lima bangunan kediaman 16 tingkat didapati terbakar dengan nyalaan api yang terbuka.” jelas jurucakap Jabatan Situasi Kecemasan (DES) Almaty.
Laporan menyatakan bahawa kabel elektrik telah terbakar di syaf lif di tingkat lima dan enam.
DES juga turut melaporkan bahawa api telah berjaya dipadamkan.
Sejumlah kira-kira 250 hingga 300 orang perlu dipindahkan dengan 40 atau lebih diturunkan dari tingkap menggunakan tangga.
Jabatan itu berkata mereka telah menambah sebanyak 50 orang anggota penyelamat dan 14 trak bomba dikerahkan ke tempat kejadian.