Baru-baru ini tular satu kes di mana bayi tertukar yang melibatkan dua ibu yang baru lepas bersalin di sebuah hospital swasta. Kedua ibu yang terlibat itu bernama Puan Siti Suriani merupakan ushawan Jamumall dan Puan Diana Hanani.
Susulan dari kejadian yang menimpa kedua ibu ini, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Srikandi Malaysia hari ini, telah pun menziarahi mereka pada hari ini.
Datuk Rina berkata bahawa beliau amat memandang serius perkara ini, dan ia perlulah dielakkan dari terjadi kepada mana-mana ibu pada masa hadapan.
Dalam ziarah tersebut, beliau turut menawarkan khidmat kaunseling serta bimbingan emosi untuk mereka.
“Di samping itu, saya tawarkan juga penjagaan selepas bersalin oleh Mamacare kepada kedua-dua ibu tersebut. Saya telah sampaikan sumbangan berupa barangan bayi kepada mereka. Meskipun sumbangan ini mungkin tak seberapa nilainya, namun saya berharap ia dapat mengembalikan keceriaan kepada kedua ibu ini yang telah menerima bayi mereka ke pangkuan masing-masing.
“Melihat kepada kejadian sebegini, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu sistem yang mana setiap bayi yang baru dilahirkan dipakaikan gelang ‘barcode’ yang mengandungi maklumat penuh ibu bapa mereka.
“Saringan dan pemeriksaan yang lebih terperinci juga seharunya dilakukan sebelum menyerahkan bayi kepada ibu masing-masing.” tegas beliau.
Datuk Rina berharap agar semua pihak yang terlibat mengambil iktibar akan kejadian ini, dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan agar peristiwa sebegini tidak berulang.
Beliau sekali lagi menasihatkan agar ibu bapa sentiasa menyemak maklumat bayi yang diserahkan sebagai sebahagian tanggungjawab ibu bapa juga.
Sumber: Rina Mohd Harun