Site icon TUHAU BAMBANGAN

WARGA EMAS DILAPORKAN HILANG SEMASA MENCARI ROTAN DI RANAU

RANAU: Pencarian terhadap seorang warga emas sedang dijalankan selepas dilaporkan hilang semasa mencari rotan dalam hutan di daerah Ranau.

Jurin Sagantoh, 62 tahun dilaporkan masuk ke dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Patau, Ranau untuk melakukan aktiviti mencari rotan pada 21 Julai lalu dan tidak pernah pulang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahagian Operasi Negeri, Hamsa Isnurdini berkata, pihak keluarga hanya melaporkan kepada pihaknya mengenai kehilangan Jurin pada Rabu (2 Ogos).

Beliau percaya pihak keluarga telah menunggu kepulangan Jurin untuk beberapa hari ini kerana itu adalah perkara biasa baginya untuk keluar mencari rotan selama beberapa hari pada satu-satu masa, sebelum bertindak mencarinya sendiri.

Keluarga itu kemudian memutuskan untuk meminta bantuan selepas gagal mengesannya.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah memulakan pencarian mangsa bermula dari lokasi hutan di mana mangsa dilaporkan masuk sehingga radius 3 hingga 5 kilometer persegi.

“Operasi SAR hari kedua, iaitu hari ini dimulakan sekitar 7 pagi dengan melibatkan berpuluh-puluh orang termasuk anggota bomba, polis, anggota Angakatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung,” katanya.

Exit mobile version