Site icon TUHAU BAMBANGAN

SABAH AKAN BINA KILANG SIMEN DAN KLINKER DI TONGOD

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan membina satu kilang simen dan loji klinker di Pinangah, Tongod yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Pengerusi SEDCO, Datuk Rubin Balang berkata, penubuhan itu adalah bagi memastikan bekalan simen di Sabah terus konsisten selain membantu menurunkan harga jualan simen di negeri ini.

Justeru itu, tambah beliau, pembinaan kilang ini juga akan memberikan limpahan ekonomi yang besar khsusus kepada penduduk di kawasan daerah Tongod.

“Pembinaan kilang ini akan memberi impak yang besar kepada negeri Sabah apabila ianya mula berroperasi selepas selesai pembinaan dua tahun dari sekarang, termasuklah membuka peluang pekerjaan kepada 1,000 orang.

“Sasaran pasaran juga tidak hanya di Sabah, malah ke luar negeri seperti Sarawak dan luar negara seperti Kalimantan, Indonesia yang memerlukan bekalan simen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian usahasama antara SEDCO dan Sri Alam Setia Sdn Bhd dengan disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Rabu.

Sementara itu, Rubin berkata, kilang klinker dan simen ini akan menggunakan teknologi hijau terkini, iaitu pendekatan yang mesra alam untuk mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.

“Ia akan menekankan kitar semula air dan haba sambil menjadi pelopor dalam penggunaan sisa industri dan perubatan untuk menghasilkan simen, memberi sumbangan kepada kelestarian,” katanya.

Dalam majlis sama, perjanjian itu juga membentuk syarikat rakan kongsi, iaitu Borneo Cement Sabah Sdn Bhd untuk memimpin pembangunan kilang klinker dan simen terintegarsi di Tongod.

Borneo Cement Sdn Bhd turut menandatangani memorendum persefahaman bersama pengilang simen terbesar di China, iaitu Sinoma Industrial Engineering (M) Sdn Bhd bagi membantu mempercepatkan pembinaan kilang tersebut.

Exit mobile version