Site icon TUHAU BAMBANGAN

COVID-19: 15 daerah di Sabah catat penurunan kes

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini melaporkan bahawa 15 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes.

Lapan daerah mencapai penurunan kes dengan julat 1 angka, manakala tujuh daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat 2 angka, iaitu Tuaran (-30), Lahad Datu (-28), Papar (-19), Kota Belud (-16), Putatan (-16), Tongod (-10) dan Nabawan (-10).

Impak penurunan kes dari 15 daerah ini menjadikan kes seluruh Sabah pada hari ini mencatatkan penurunan sebanyak 62 kes, iaitu daripada 335 kes kelmarin (13 Jun) kepada 273 kes (14 Jun).

JKNS dalam laporannya turut memaklumkan, dengan jumlah kes positif baharu pada hari ini (273 kes) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,316 kes.

Satu kes kematian juga direkodkan hari ini, iaitu di daerah Beaufort.

Manakala, jumlah pesakit yang discaj dari hospital dan sembuh adalah seramai 390, menjadikan jumlah kumulatif 63, 236 orang.

Seramai 2,044 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 527 orang di hospital dan 1,517 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 96 orang dan 39 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon direkodkan hari ini.

Sumber: JKNS

Exit mobile version