Site icon TUHAU BAMBANGAN

RAKYAT SABAH DISERU KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di negeri Sabah diseru agar menyebarkan jalur gemilang bagi menunjukkan semangat patriotisme seterusnya memeriahkan sambutan bulan kebangsaan.

Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Hajiji Noor berkata, sempena bulan kebangsaan tahun ini beliau mengajak semua lapisan masyarakat untuk sama-sama membangkitkan semangat cintakan negara dan memelihara perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat, dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupa dalam suasana yang harmoni, aman dan sejahtera.

“Perpaduan adalah satu nikmat yang amat berharga, oleh itu ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023 di Perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada Selasa.

Sementara itu, Hajiji berkata, pelbagai program telah dirangka sempena bulan kebangsaan antaranya ialah, Jelajah seluruh Sabah baho menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini.

“Aktiviti-aktiviti lain yang dirancang juga antaranya, Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Pertandingan Mencipta Video Pendek Kreatif di SabahFM, Doa Sayangi Malaysia, Ceramah Cinta Negara dan Program Semarak Gemilang,” ujarnya.

Exit mobile version