Site icon TUHAU BAMBANGAN

BOT KARAM DI TAWAU, 8 MANGSA HILANG DITEMUI SELAMAT

TAWAU: Sebuah bot dilaporkan karam dan melibatkan lapan orang mangsa hilang di Perairan Kampung Inderasabah, Tawau semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Hamsah Isnurdini berkata, Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari.

“Menurut maklumat daripada pengadu, seramai lapan orang keluar menjalankan aktiviti memancing di kawasan Perairan Kampung Inderasabah pada 7.19 pagi Ahad lalu (23 Ogos) dan tidak kembali ke rumah.

“Kesemua mangsa kemudian dijumpai dalam keadaan selamat pada jam 5.35 petang hari ini di perairan Pulau Sipadan, 21 batu nautika dari perairan Kampung Inderasabah oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan SAR yang terlibat dalam usaha mencari mangsa ketika itu ialah, Bomba, Polis, APMM dan orang awam.

“Pasulan SAR kemudian bertindak dengan menunda not mangsa menggunakan bot orang awam sehingga ke Jeti Kampung Inderasabah,” tambahnya.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan kira-kira pada jam 7.29 petang.

Exit mobile version