Site icon TUHAU BAMBANGAN

KERAJAAN SABAH DALAM FASA STABILKAN AIR DI TIGA KAWASAN – SHAHELEMY

PUTATAN: Kerajaan negeri Sabah menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kini sedang dalam fasa menstabilkan tekanan air di tiga kawasan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, tiga kawasan itu termasuklah daerah Putatan, Tuaran dan Kota Kinabalu.

“Dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini ini kita telah melakukan penstabilan air di kawasan Putatan, Tuaran dan juga Kota Kinabalu.

“Kita juga mula melihat hasilnya yang mana daripada gerakan awal ini kita telah memotong paip terus kepada talian penghantaran di paip-paip bekalan air.

“Kita berharap dari masa ke semasa tekanan air akan stabil dan gangguan bekalan air ini akan dapat kita kurangkan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Ibadah Korban Perdana Parlimen Putatan di Padang Majlis Daerah Putatan pada Sabtu.

Shahelmey yang juga Menteri kerja Raya berkata, hasil usaha yang semakin kelihatan itu adlaah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu, iaitu sebanyak RM320 juta.

Jelas beliau, peruntukan itu adalah bagi membantu menyelesaikan isu air di negeri ini untuk jangka masa pendek.

“Untuk program segera yang mana program-program dalam tempoh enam bulan hingga 12 bulan dilaksanakan dengan tujuan utama, iaitu mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) dan juga menyelesaikan masalah kebocoran paip dan memastikan tekanan air stabil,” ujarnya.

Exit mobile version