Site icon TUHAU BAMBANGAN

SYAMSUL & PUTERI SARAH CAPAI KATA SEPAKAT UNTUK BERCERAI 18 APRIL

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suami, Syamsul Yusof mencapai kata sepakat untuk mengakhiri kemelut rumah tangga mereka pada 18 April ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua pasangan tersebut mengadakan pertemuan malam tadi.

Puteri Sarah berkata, pada tarikh itu, Syamsul akan melafazkan talak terhadapnya.

“Syamsul dah bersetuju. Alhamdulillah sebab kami dah berjumpa, kami dah bincang semua terma dan syarat.

“Apa yang Sarah nak, apa yang dia nak berkenaan anak-anak,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari ini.

Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Terma penyelesaian dan persetujuan itu akan merangkumi isu-isu berkaitan hadanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.

Pagi tadi, Syamsul, 39, dan Puteri Sarah, 38, hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang dibuat pada 21 Mac lalu.

Kedua pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Syaikul Islam, 6 tahun, dan Summayah, 4 tahun.

Exit mobile version